TAHAP Sara Diri (Self-Sufficiency Level, SSL) beras negara dilaporkan berada di bawah 60 peratus merupakan satu petunjuk yang membimbangkan dan tidak boleh dipandang ringan. Kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, bahawa kedudukan ini “tidak berapa baik dan perlu ditangani segera” wajar dijadikan isyarat jelas bahawa sektor makanan ruji negara sedang berdepan cabaran struktur yang serius. Beras bukan sekadar komoditi ekonomi, malah merupakan makanan asas majoriti rakyat…










