ISU pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) terus menjadi polemik berpanjangan dalam landskap pendidikan dan politik Malaysia. Walaupun ia sering dibingkaikan sebagai isu keadilan pendidikan dan kebebasan pilihan, hakikatnya persoalan pengiktirafan UEC melangkaui isu teknikal akademik semata-mata. Ia menyentuh asas yang lebih mendalam iaitu prinsip Perlembagaan Persekutuan, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, falsafah pendidikan negara serta pembinaan identiti nasional dalam sebuah masyarakat majmuk. Justeru, sebarang usaha untuk mengiktiraf UEC perlu…










