SELAMA 14 tahun dari 2005 hingga 2019, Khairulnisan Azmil terlibat sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL) dan Pegawai Penilai (PP) bagi Skim Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM). Beliau bertanggungjawab menentusahkan keterampilan kemahiran para pelatih tahun akhir bagi mendapatkan sijil kemahiran di institut latihan perindustrian (ILP), institut kemahiran bina negara (IKBN), institut kemahiran Mara (IKM) dan Giat Mara termasuk individu yang ditaja oleh majikan masing-masing dalam Skim Pencapaian Pentauliahan Terdahulu (PPT) dan Skim…










