BARU-BARU ini, dua kejadian menyayat hati melibatkan kanak-kanak dan remaja di Malaysia membuka mata ramai tentang betapa bahayanya pengaruh permainan digital jika tidak dikawal. Di Selangor, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui mati akibat ditikam rakan sekolah berumur 14 tahun. Dalam siasatan awal, polis menemukan catatan bertulis pelaku yang berkait rapat dengan unsur media sosial dan permainan dalam talian. Tidak lama selepas itu, di Batu Pahat, Johor, seorang kanak-kanak…










