SEKOLAH adalah diciptakan untuk mengajar membaca, menulis dan mengira, iaitu menguasai kemahiran asas 3M. Namun demikian, sekolah juga merupakan tempat di mana anak-anak belajar untuk menjadi insan yang tinggi akal budinya, bukan sekadar menjadi manusia yang cerdik intelektualnya. Di sebuah negara yang menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada berjuta rakyat daripada pelbagai kepercayaan dan etnik, pendidikan karakter dilihat mempunyai kepentingan dan kedudukan yang sama seperti subjek-subjek akademik yang lain. Tanpa pendidikan berasaskan…










