MEMILIKI rumah sendiri menjadi impian hampir setiap penjawat awam. Ia bukan sekadar tempat berteduh tetapi lambang kestabilan hidup, kematangan kewangan dan kejayaan hasil titik peluh sendiri. Namun bagi ramai, impian itu masih jauh. Kos sara hidup meningkat, harga rumah terus melojak, dengan gaji dan elaun bergerak perlahan. Penjawat awam sering dianggap hidup selesa kerana gaji tetap dan jaminan kerja. Hakikatnya tidak begitu. Ramai antara mereka masih menyewa rumah, malah ada…










