KONFLIK antara Thailand dan Kemboja baru-baru ini mengejutkan banyak pihak. Tidak sampai sebulan selepas perjanjian damai dimeterai dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, ketegangan antara kedua-dua negara tercetus semula. Letupan periuk api di wilayah Sisaket menunjukkan betapa rapuhnya perjanjian damai berkenaan. Insiden ini secara tidak langsung menggambarkan rundingan berkenaan mungkin dilakukan secara tergesa-gesa, selain menonjolkan rasa sangsi yang masih menebal antara Bangkok dan Phnom Penh. Banyak persoalan kini timbul berkenaan impak…










