DALAM abad ke-21, unsur nadir bumi muncul sebagai ‘minyak baharu’ dunia. Ia menjadi asas kepada cip semikonduktor, bateri kenderaan elektrik, turbin angin serta sistem pertahanan moden. Negara yang menguasai bahan ini bukan sahaja kaya tetapi juga berkuasa. Dengan simpanan dianggarkan bernilai RM809 bilion, Malaysia sepatutnya berada di barisan hadapan. Namun ironinya, di sebalik kekayaan mineral ini, kita masih miskin dari segi keupayaan teknologi dan penguasaan dasar strategik. Melalui Perjanjian Timbal…










