TITAH Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Bulan Integriti Nasional 2025 bahawa usaha membina masyarakat berintegriti perlu bermula dari rumah kerana institusi keluarga merupakan madrasah pertama dalam pembentukan sahsiah anak-anak wajar dijadikan pedoman oleh seluruh anggota masyarakat. Hakikatnya masalah defisit integriti dalam kalangan rakyat mencakupi soal rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa semakin membimbangkan walaupun pihak berkuasa semakin agresif mengambil tindakan termasuk pelaksanaan pelbagai program pendidikan…










