PEMBENTANGAN Belanjawan 2026 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah membuka lembaran baharu dalam hala tuju pembangunan teknologi negara. Antara sorotan utama yang membanggakan warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ialah pengiktirafan secara langsung oleh Perdana Menteri terhadap peranan UTM dalam menerajui agenda pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) di Malaysia. Ini bukan sekadar simbol pengiktirafan, tetapi satu manifestasi kepercayaan kerajaan, melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), terhadap keupayaan UTM sebagai peneraju…