DI Malaysia, sektor pembinaan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor ini menyumbang kira-kira 3.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023, dengan nilai kerja pembinaan melebihi RM122 bilion. Malah, pada suku pertama 2025, sektor ini terus menunjukkan perkembangan positif dengan pertumbuhan nilai kerja sebanyak 16.6 peratus, iaitu mencecah RM42.9 bilion. Angka ini jelas membuktikan sektor pembinaan bukan sekadar penyumbang ekonomi…