BELANJAWAN 2026 akan dibentangkan Jumaat ini dijangka memperuntukkan lebih RM421 bilion, dengan perbelanjaan pembangunan diunjur RM86 bilion hingga RM89 bilion, selaras matlamat Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Harapan rakyat semakin tinggi agar kerajaan benar-benar menjiwai aspirasi mereka yang melibatkan isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan, kesihatan serta peralihan ekonomi negara ke arah digital dan hijau. Justeru, belanjawan yang akan dibentangkan perlu bersifat inklusif,…