KETIKA penulisan ini digarap, Palestin dan rejim Israel telah memasuki persetujuan bagi gencatan senjata. Ini seterusnya untuk menamatkan penderitaan dan pembantaian rakyat Palestin yang telah dijarah dan dibunuh tanpa perikemanusiaan oleh tentera rejim itu. Orang awam, kanak-kanak dan wartawan terus menerus dibunuh tanpa sekelumit belas ihsan. Walaupun dunia bersolidariti untuk membebaskan Palestin dan menghentikan sebarang serangan atau halangan membawa bekalan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, rejim Israel hanya memekakkan telinga dan…