ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) sering digambarkan sebagai benteng utama negara. Mereka berbaris di hadapan, menjaga perairan, ruang udara dan sempadan tanah air. Namun, di sebalik wira berseragam itu, berdiri sebuah institusi yang jarang diberikan perhatian sewajarnya iaitu keluarga mereka. Keluarga ATM bukan sekadar penerima kebajikan tetapi sebenarnya merupakan asas ketahanan psikologi, sosial dan ekonomi anggota tentera. Tanpa keluarga yang sejahtera, kesiapsiagaan seorang anggota tentera tidak akan sepenuhnya terjamin. Malah, boleh…