KECERDASAN buatan (AI) bukan lagi gagasan futuristik semata-mata tetapi menjadi asas transformasi dalam semua sektor ekonomi dan sosial. Di Malaysia, AI berpotensi menggerakkan pembangunan negara yang lebih unggul, namun ia juga menuntut kesiapsiagaan tenaga kerja untuk melangkah ke dunia pekerjaan baharu berdasarkan teknologi. Antara rujukan penting ialah laporan Future of Jobs 2025 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang meramalkan AI dan teknologi pemprosesan maklumat akan mencetuskan transformasi besar dalam pekerjaan.…