APAKAH sebenarnya konsep Malaysia Madani? Jika diajukan soalan ini kepada orang ramai, sudah pasti akan mendapat pelbagai jawapan yang berbeza dan masing-masing bertegas pendapat merekalah yang benar. Ini membawa kepada persoalan, sejauh manakah keberkesanan usaha penerapan enam nilai teras Malaysia Madani ini ke dalam kehidupan masyarakat Malaysia setelah tiga tahun ia diperkenalkan kerajaan? Ada dalam kalangan kita dengan penuh yakin mengatakan konsep ini sebenarnya retorik politik oleh pihak kerajaan tanpa…