Bahasa bukan sekadar alat untuk berkomunikasi, tetapi ia juga cermin identiti sesebuah bangsa. Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi nadi kepada perpaduan dan lambang jati diri negara. Namun, dalam era globalisasi masa kini, kedudukan bahasa Melayu sering diuji, terutama apabila berdepan dengan bahasa Inggeris yang begitu dominan di peringkat antarabangsa. Isu ini menjadi lebih menarik apabila kita meneliti penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa yang menuntut di institusi pengajian tinggi…