PERSIDANGAN ASEAN ke-47 kali ini datang pada saat yang genting, apabila struktur kuasa antarabangsa sedang berubah, hubungan kuasa besar semakin tegang, dan isu-isu global seperti konflik Gaza dan krisis kemanusiaan di Myanmar terus menggugat kredibiliti sistem antarabangsa. Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi ASEAN berdepan tanggungjawab besar untuk memperlihatkan bahawa ASEAN bukan sekadar blok ekonomi yang longgar, tetapi satu entiti politik dan diplomatik yang mampu menjadi suara kolektif dunia membangun.…










