SAYA mengimbau semula saat menjejakkan kaki ke ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Palais Des Nations, Geneva, tahun lalu. Tanggungjawab mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia (MACSA) dalam proses Semakan Berkala Sejagat ke-4 (UPR) Malaysia ketika itu digalas dengan harapan yang tinggi terhadap entiti ‘segah’ PBB. Sangkaan saya meleset apabila pimpinan negara anggota bangun dan tanpa segan silu mencadangkan agar Malaysia meningkatkan hak, perlindungan…