BENCANA alam merupakan suatu tragedi yang memberi impak yang sangat besar kepada negara dan masyarakat. Kehilangan nyawa dan harta benda, kerosakan tempat tinggal dan infrastruktur merupakan antara bahana yang terpaksa dihadapi setiap kali berlaku bencana alam. Jabatan Perangkaan menerusi Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia pada 2023 menunjukkan negara mencatatkan kerugian RM755.4 juta bersamaan 0.04 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Walaupun Jabatan Perangkaan memaklumkan pengurangan RM271 juta berbanding…










