CADANGAN untuk mewajibkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah rendah, malah sejak di peringkat tadika atas nama perpaduan dan integrasi nasional, sebenarnya tidak diperlukan. Hal ini kerana bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah lama diiktiraf dan diperkukuh sebagai bahasa perpaduan tunggal di negara ini. Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam Penyata Razak pada 1956. Ia kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pendidikan 1961 yang dipinda pula sebagai Akta Pendidikan 1996. Walaupun…