DALAM dunia penerbangan moden yang sarat dengan teknologi canggih dan protokol keselamatan ketat, ancaman seekor burung mungkin kelihatan remeh. Namun, insiden pelanggaran antara burung dan pesawat dikenali sebagai bird strike sudah terbukti mampu menyebabkan kerosakan besar, kecederaan serius, dan dalam beberapa kes, kehilangan nyawa. Burung bangau, dengan saiz dan beratnya yang signifikan, menjadi antara spesies yang paling berisiko tinggi dalam insiden tersebut. Terbaharu, negara dikejutkan dengan insiden melibatkan jet pejuang…