PUSAT Pembangunan Minda Insan (PPMI) Kampung Tagupi Laut merupakan pusat pendidikan yang didirikan oleh komuniti di kawasan Kampung Tagupi Laut, jauh di pedalaman Lahad Datu, Sabah. Kampung Tagupi Laut terkenal sebagai antara titik awal terbitnya matahari di Malaysia kerana kedudukannya yang terletak di bahagian paling timur negara. Kampung ini dihuni oleh penduduk yang berdepan cabaran besar dari segi status kewarganegaraan. Sebahagian besar daripada mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang…