TRAGEDIA menimpa Zara Qairina Mahathir, pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah, menggegarkan seluruh negara. Pada awal pagi 16 Julai lalu, anak tunggal berusia 13 tahun ini ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran bangunan asrama selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga. Zara kemudian meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I. Insiden ini meninggalkan seribu satu tanda tanya tentang keselamatan pelajar dan ketelusan…