PENGUMUMAN pakej kenaikan gaji dan insentif bernilai RM28 bilion dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-20 (MAPPA XX) pada 15 Ogos lalu membawa implikasi ekonomi politik yang mendalam. Inisiatif ini bukan sekadar pemberian gaji kepada penjawat awam tetapi strategi komprehensif yang akan memberi kesan berganda kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan. Pakej ini merangkumi RM10 bilion untuk tahun ini dan RM18 bilion untuk 2026, menjadikannya kenaikan gaji…