KEMATIAN tragis seorang pelajar berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir bukan sahaja meninggalkan luka mendalam kepada keluarga, malah membuka mata seluruh rakyat Malaysia tentang kelemahan serius dalam sistem penyiasatan kematian di negara ini. Isu bedah siasat yang menjadi polemik kini menimbulkan pelbagai persoalan: Adakah keadilan telah diabaikan, adakah prosedur telah dilanggar atau adakah wujud kelemahan sistemik yang membolehkan keputusan penting seperti ini ditentukan tanpa rujukan yang menyeluruh kepada kepentingan awam?…