DALAM dunia yang semakin mencabar dengan krisis makanan global, perubahan iklim serta tekanan ekonomi menyebabkan aspek keselamatan dan kedaulatan makanan menjadi semakin penting. Malaysia tidak terkecuali dan di tengah cabaran ini, muncul satu inovasi yang membanggakan iaitu Beras Pahang. Ia bukan sahaja produk pertanian biasa, malah menjadi lambang transformasi menyeluruh dari segi kesihatan rakyat, kedaulatan makanan negara dan pembangunan ekonomi negeri. Beras Pahang merupakan beras prebiotik pertama di Malaysia, menjadikannya…