MALAYSIA sebagai negara Islam yang moden dan progresif, memiliki infrastruktur digital, institusi pendidikan tinggi Islam yang mantap, serta dasar kerajaan yang menyokong transformasi digital, menjadikan negara ini berpotensi menjadi peneraju dalam bidang kecerdasan buatan (AI) untuk ilmu Islam. Integrasi AI dalam bidang keilmuan Islam membolehkan pelbagai inovasi seperti penterjemahan teks klasik secara automatik, pembangunan pangkalan data ilmuan Islam global, analisis teks al-Quran dan hadis menggunakan algoritma pembelajaran mesin, serta pemetaan…