ASEAN telah lama menempatkan dirinya sebagai kuasa pertengahan (middle power) dalam dinamika ekonomi dan geopolitik serantau, sambil beroperasi dalam kerangka berkecuali. Blok ini berharap untuk memperoleh pulangan ekonomi dan jaminan keselamatan melalui kebergantungan luaran, namun tetap enggan memihak kerana gusar terpalit dalam impak percaturan kuasa luar. Ini menyaksikan ASEAN tetap menuntut jaminan keselamatan daripada Amerika Syarikat (AS) sambil mengelak mengambil pendirian jelas menentang China kerana khuatir tindakan balas ekonomi. ASEAN…