DALAM suasana ekonomi global yang tidak menentu, rakyat Malaysia kini berdepan pelbagai tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Di peringkat antarabangsa, ketegangan geopolitik seperti konflik bersenjata antara Iran dan Israel telah menjejaskan kestabilan pasaran minyak dunia. Kesan langsung daripada ketidakstabilan ini adalah peningkatan kos pengangkutan dan logistik yang akhirnya mempengaruhi harga barangan keperluan di peringkat pengguna. Dalam masa yang sama, Amerika Syarikat (AS) telah mengenakan semula cukai ke atas…