YANG kental pasti sampai. Itu kata-kata yang terngiang-ngiang dalam kepala saya bersama jurukamera Utusan Malaysia dan juruvideo Media Mulia TV (MMTV) sepanjang mengikuti konvoi bermotosikal sekumpulan guru masuk ke kawasan perkampungan Orang Asli di Pos Balar, Gua Musang Kelantan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik di tengah-tengah hutan belantara. Peluang merasai sendiri cabaran dan kepayahan warga pendidik Sekolah Kebangsaan (SK) Balar itu pastinya menghadirkan sesuatu selepas sekadar melihat pengorbanan mereka melalui perkongsian video dari Mohd. Halim Mohamad Zaid atau Cikgu Ben menerusi YouTube miliknya iaitu Cikgu Offroad. Hati yang tenang, bertukar gelisah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya