LAPORAN bahawa lebih 65 peratus pemegang ijazah di negara ini memperoleh gaji bulanan di bawah RM3,000, sekali gus memperoleh pendapatan ‘cukup-cukup makan’ tanpa ruang untuk menyimpan, melabur, atau meningkatkan mobiliti sosial mereka wajar membuka mata semua pihak bagi menilai realiti hidup yang sedang dihadapi oleh golongan graduan di negara ini. Penyelesaian secara menyeluruh isu ini memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam ekosistem pendidikan, pekerjaan dan ekonomi. Dari…