BUMI kini sedang sakit. Kerakusan manusia mengejar keuntungan telah mengganggu kestabilan ekosistem bumi. Demi kepentingan ekonomi, baik secara sedar atau tidak, manusia melakukan begitu banyak kerosakan terhadap alam sekitar. Akibatnya, kini semua terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Ahli sains memberi amaran demi amaran tentang betapa seriusnya krisis perubahan iklim dan pemanasan global yang sedang mengancam kehidupan di bumi. Akan tetapi, sebahagian daripada masyarakat dunia masih tidak sedar atau…