DALAM dunia yang bergerak pantas, setiap hari kita mengejar waktu bagi melaksanakan segala tanggungjawab yang diberikan. Sehinggakan, ada ketikanya kita merasakan seolah-olah masa 24 jam dalam sehari itu tidak mencukupi untuk menyiapkan semua kerja. Hidup dihimpit waktu bukanlah keadaan yang mudah. Kita harus bertindak pantas untuk kekal di hadapan. Tugas yang diamanahkan harus siap pada waktunya. Bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila ada kalanya kita tiada waktu lapang untuk bersantai, malah…