MUKADIMAH BELUM sampai setahun, DATUK AEDY FADLY RAMLI memegang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), maka kesempatan dapat menemu bual beliau memberi peluang wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. FADHLI MOHD. SULAIMAN mengemukakan soalan-soalan yang menyentuh isu penguatkuasaan dan dasar, di pejabatnya di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya. Segak berjaket, beliau menjawab pelbagai soalan terutama berkenaan integriti dalam kalangan pegawai kanan dan penguat kuasa JPJ. Ikuti wawancaranya yang turut disertai juruvideo, KAMARUL HASIFI…