HUBUNGAN diplomatik antara Malaysia dan Singapura terus menunjukkan kemajuan yang signifikan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Lawrence Wong, yang dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura pada 15 Mei 2024. Pada 6 dan 7 Januari lalu berlangsung Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Ke-11 antara Malaysia-Singapura, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam hubungan dua hala yang telah terjalin selama enam dekad menyusuli lawatan kerja dua hari Wong pada…










