KEHARMONIAN hidup bermasyarakat yang berbilang kaum boleh tergugat sekiranya provokasi agama sering dimainkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Manipulasi sensitiviti agama ini boleh menjadi pencetus ketegangan kaum dan agama yang boleh merosakkan perpaduan dan kedamaian masyarakat yang sudah sekian lama berjaya kita bentuk demi menjaga kestabilan dan kesejahteraan negara. Golongan yang suka membuat onar dengan melakukan provokasi agama adalah golongan yang biasanya mempunyai niat tertentu untuk mencapai agenda kelompok atau…