INISIATIF SejaTi Madani telah membuka lebih 6,400 peluang pekerjaan dalam pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan luar bandar dan pedalaman. Dengan peruntukan RM600 juta di bawah program SejaTi Madani dalam Belanjawan 2025, inisiatif ini dijangka akan terus merancakkan ekonomi komuniti di kampung, bandar, kawasan pedalaman dan perkampungan Orang Asli. SejaTi Madani seperti mana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa setiap pedesaan, miskin bandar, di kampung, pedalaman dan rumah panjang…










