Pada 14 Disember lalu, kita kehilangan bintang dunia tari negara, Datuk Tharuwat Ismail Bakti. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang amat besar, lebih-lebih lagi saya bertuah sempat mengenali beliau. Semasa anak-anak masih kecil, Tharuwat menjemput kami menghadiri kelas gamelan dan tarian asyik di pekarangan rumahnya yang penuh dengan khazanah budaya. Ramai yang menghadiri kelas tari menari dan bunyi-bunyian itu meraih kenangan indah tidak terhingga. Adiguru tari, Tharuwat pernah satu ketika dulu…










