MEMASUKI separuh kedua semester pembelajaran, kehidupan kami menjadi lebih sibuk. Semakin banyak kursus yang diambil, semakin banyak tugasan dan pembentangan yang perlu disiapkan. Begitu juga dengan persiapan untuk ujian, sudah tentu lebih banyak buku yang perlu dibaca. Namun, jika tidak dipecahkan ruyung, mana boleh mendapat sagunya. Jika di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pelajar boleh menambah seberapa banyak mata pelajaran pilihan atau elektif secara percuma daripada mana-mana fakulti yang ada.…