UJIAN kehidupan adalah kepastian yang akan dilalui oleh manusia di muka bumi ini. Ia ditentukan oleh Allah SWT untuk menguji keimanan, ketakwaan dan kesabaran hamba-hambaNya. Semua akan diuji, hatta para nabi dan rasul juga diuji. Sama ada hamba-hambanya beriman atau tidak beriman kepadaNya pasti akan menerima dan melalui ujian kehidupan. Ujian kehidupan ini pelbagai, sama ada dalam bentuk kesusahan mahupun kesenangan, kesakitan, penderitaan, ketakutan, kelaparan, wabak penyakit dan bencana alam.…