DALAM situasi pemimpin negara didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa dan rasuah, persoalan mengenai kemaafan, tanggungjawab moral dan nilai tolak ansur menjadi lebih kompleks. Kes seperti ini mencetuskan perbincangan mendalam tentang sejauh mana masyarakat dan sistem undang-undang patut mengimbangi kesalahan jenayah dengan faktor kemanusiaan serta kesan terhadap integriti mahupun keadilan. Isu permohonan maaf bekas pemimpin sering membawa kepada persoalan, adakah permohonan maaf memadai untuk satu kesalahan besar yang merosakkan…