BARU-BARU ini, saya berpeluang meluangkan waktu bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di kediamannya. Ia satu pengalaman yang tidak hanya berharga tetapi juga penuh dengan inspirasi. Sambil menikmati secangkir teh O dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional, saya berkesempatan bertanya khabar tentang keadaan kesihatan beliau, yang baru-baru ini dinasihatkan untuk berehat di Institut Jantung Negara. Namun, melihat cara bekas Perdana Menteri itu yang masih mampu berjalan dengan penuh bertenaga pada usia 99…