SEWAKTU menjadi Penolong Residen di Perak, William Edward Maxwell menulis sebuah buku, A Manual of the Malay Language (1881) bahawa sesiapa yang mahu menimba ilmu berkaitan bahasa, sastera dan sejarah orang Melayu amat perlu mempelajari bahasa Belanda. Sewaktu membentangkan kertas kerja pada Persidangan Antarabangsa Sejarawan Asia Tenggara di Singapura pada Januari 1961, Manuel Teixeira menyatakan penguasaan bahasa Portugis juga wajar diberi perhatian jika mahu memahami bahasa Melayu. Proses Indianinasi sejak…










