PUSAT Pembangunan Minda Insan (PPMI) Kampung Tagupi Laut merupakan sebuah sekolah alternatif yang dibuka di perkampungan pedalaman yang terletak di Lahad Datu, Sabah. Nama lain bagi Kampung Tagupi Laut ialah Deen Heaven. Kawasan ini merupakan antara kawasan terawal menerima cahaya matahari di Malaysia. Kebanyakan penduduk kampung merupakan orang tidak berdokumen yakni subkategori bagi komuniti orang tidak bernegara atau lebih dikenali sebagai stateless. Mereka merupakan masyarakat yang amat terpencil kerana perjalanan dari Bandar Lahad Datu…










