ADA pihak tertentu dalam etnik Melayu sendiri yang mahu Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) yang digubal pada 1971 diteliti semula. Ini kerana sebagai dokumen induk kebudayaan negara, ia didakwa sebagai bukan sahaja tidak mencerminkan kepelbagaian budaya di negara ini. Juga ia dituduh sebagai tidak menghormati maruah etnik bukan Melayu-Islam. Selain ini, DKK juga dipersalah kerana menyebabkan ketegangan kaum selama ini. Ini kerana pada pandangan pihak itu, DKK hanya mengangkat warisan Melayu-Islam…










