Di mana tulang belakang kerajaan negeri Selangor?

Di mana tulang belakang kerajaan negeri Selangor?

selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Parti Sosialis Malaysia Petaling Jaya (PSM PJ) mengecam dan membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan negeri Selangor yang telah mengambil keputusan untuk menghidupkan lagi pembinaan lebuhraya PJD Link setelah pengumuman pembatalan oleh kerajaan Persekutuan pada 17 April.

Mengimbas kembali apa yang telah berlaku setakat ini, daripada 30 Julai 2023 di mana MB Selangor telah mengumumkan pembatalan pembinaan lebuh raya PJD Link sehingga hari ini di mana EXCO Negeri Selangor mengesahkan terdapat cadangan baru untuk lebuh raya PJD Link dan nampaknya setuju dengan penambahbaikan, PSM PJtidak pernah tengok sebuah kerajaan negeri yang teruk dan tidak mampu mengambil sebuah pendirian yang kukuh.

Apakah pelobi lebuhraya ini sangat kuat untuk kerajaan negeri tolak dan mengambil pendirian yang berprinsip untuk menolak pembinaan lebuh raya ini?

Penduduk Petaling Jaya harus mengambil iktibar bahawa sesebuah kerajaan neoliberal, sepertimana yang kita ada hari ini, sentiasa akan mengambil keputusan berpihak kepada keuntungan
pihak segelintir berbanding dengan kehendak rakyat.

Kerajaan negeri harus memberi penjelasan kenapa ia sangat sukar untuk kerajaan negeri untuk membatalkan terus projek lebuhraya ini yang tidak dipersetujui dan dibantah oleh penduduk-penduduk di sekitar cadangan kawasan pembinaan lebuhraya tersebut.

Menteri Besar sendiri telah memberitahu bahawa kerajaan negeri Selangor telah menerima Social Impact Assessment yang menyatakan kebanyakan penduduk tidak setuju dengan pembinaan lebuh raya baru ini. Mengapa kerajaan masih perlu memberi ruang untuk penilaian semula itu untuk berlaku?

PSM PJ menyeru:

1. Pembatalan projek lebuh raya PJD Link dan semua projek lebuh raya yang hanya menguntungkan kapitalis dan tidak mengutamakan kelestarian negeri Selangor.

2. Semua ADUN kawasan yang terbabit harus mengumumkan pendirian mereka mengenai pembinaan lebuh raya ini. Penduduk-penduduk di kawasan terbabit dan kumpulan-kumpulan penduduk yang sekian lama telah berusaha dalam menentang pembinaan lebuh raya ini harus memberi tekanan kepada ADUN-ADUN kawasan mereka.

3. Kerajaan Negeri Selangor harus mengeluarkan dan tidak patut mengklasifikasikan perjanjian konsesi pembangunan penting yang menjejaskan kesejahteraan rakyat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA); rakyat berhak mengetahui dan mengakses kandungan dokumen kerana ini hak demokrasi kita.

4. Kerajaan negeri harus menyediakan satu pelan pengangkutan awam yang baharu sebagai usaha mengurangkan kesesakan jalan raya dan meringankan beban ekonomi rakyat. Pelan ini harus fokus kawasan seluruh Lembah Klang, terutamanya Bandar Utama, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Puchong. Bilangan bas harus ditingkatkan dan jangka masa tunggu untuk bas harus  ikurangkan.

Kerajaan pusat harus menyokong inisiatif ini dari segi kewangan jikalau Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai kapasiti dari segi kos untuk merealisasikan pelan tersebut.

PSM sentiasa bersolidariti dalam setiap usaha kumpulan dan kolektif penduduk dalam penentangan pembinaan PJD Link. Ia bukanlah perkara yang mudah untuk menentang kapitalis-kapitalis dan kerajaan yang sentiasa berpihak kepada kapitalis.

Gandipan Nantha Gopalan
Pengerusi, PSM Petaling Jaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN