ZAMAN kecerdasan buatan (AI) hari ini persaingan hidup bukan lagi berdasarkan siapa yang paling gagah tetapi siapa yang mempunyai otak paling bergeliga atau pintar. Seperti dialog filem Tan Sri P.Ramlee, bergeliga sampai boleh bikin batu cincin. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan data, 10,160 daripada 383,685 calon baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan yang dianggap ujian paling penting sebagai transisi pengajian sekolah menengah ke institusi pengajian tinggi.…










