SAUDARA PENGARANG, WAU atau layang-layang adalah permainan rakyat yang sangat popular satu ketika dahulu dan seringkali dimainkan di kawasan pantai serta kawasan lapang seperti padang dan sawah padi. Aktiviti bermain wau dianggap sebagai aktiviti ringan yang dapat merapatkan hubungan orang-orang kampung. Pertandingan juga diwujudkan dengan menilai setiap bentuk keunikan wau, corak, warna serta kebolehannya untuk diterbangkan. Sayangnya masyarakat hari ini, terutama sekali generasi muda semakin kurang menghargainya. Mereka lebih memilih…










