SEBAGAI ketua negeri, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sentiasa menitik beratkan soal kepentingan negeri ini khususnya demi kesejahteraan rakyatnya. Tuanku Syed Sirajuddin juga dilihat seorang yang tegas dan cermat apabila membuat sesuatu keputusan demi kepentingan Perlis dan baginda juga sentiasa peka dengan perkembangan pentadbiran kerajaan negeri dengan sentiasa memberi nasihat atau teguran untuk kebaikan negeri yang sangat dicintai. Baginda juga sentiasa melontarkan pandangan atau buah fikiran untuk dipraktik atau…